Syafiq Farhain akhirnya kongsi foto anak, elak desas-desus masih bujang

Tambah Syafiq, dia tiada sebrang niat dihatinya mahu menyembunyikan kisah peribadi apabila dilihat jarang berkongsi gambar keluarga di media sosial.

Katanya, akan tiba masa tertentu untuk dia menceritakan soal keluarga selain kisah perkembangan kerjaya.

“Bukanlah nak sorok anak. Tiada niat pun ke arah itu. Cuma memang saya ambil pendekatan jarang berkongsi di media sosial.

“Tetapi saya pun tidak tahu di kemudian hari. Mungkin melihat proges anak membesar nanti saya akan kongsikan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Syafiq bakal tampil dengan sebuah lagu baharu genre balada yang dijangkan mula dilancarkan Ogos ini.

Istimewanya muzik video lagu tersebut dirakamkan di Kuala Terengganu sehari sebelum anaknya dilahirkan.

Syafiq teruja bergelar seorang bapa.

“Satu kenangan yang tak boleh saya lupa. Sehari sebelum isteri bersalin sempat lagi saya pergi buat rakaman MV. Malah ketika itu isteri pun ikut sama.

“Lagu ini juga mendapat sentuhan saya sendiri dari segi penulisan lirik,” jelasnya.

Untuk rekod Syafiq dan isteri iaitu Alia Nadia, 29, mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2021.

Sumber:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Powered by