Sempena ulang tahun kelahiran Raja Syahiran, pengacara Uyaina Arshad memuat naik satu video momen indah dirinya bersama suami tercinta. Menerusi video yang dikongsikan, Uyaina membuat kejutan buat suaminya memaklumkan dirinya sedang hamil anak kedua. Terkejut dan gembira mendengar berita tersebut, Raja Shahiran dilihat memeluk erat isteri dan anak sulungnya, Raja Urhan. Klik sini untuk lihat video.

“Video ni diambil waktu bulan 5 masa kami bercuti di Anantara. Alhamdulillah Allah beri rezeki untuk mengandung buat kali kedua. Happy, tak boleh diungkap dengan kata-kata. Syukur.” Namun begitu, Uyaina berkata rezeki mereka untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian. Ini kerana, dirinya mengalami keggran. “Tapi sayang.. Kandungan tak lama. Uyaina keggran. Walaupun sekejap. Tapi tetap Alhamdullilah syukur sebab Allah sempat pinjamkan kebahagiaan itu..”
Dalam pada itu, Uyaina meluahkan rasa bersyukur dan terharu kerana dikurniakan seorang suaminya yang penyayang selain berusaha keras membuat yang terbaik untuk mereka sekeluarga. “Saya doakan yang terbaik untuk awak dalam setiap apa yang awak buat. Semoga Allah kurniakan rezeki yang tak disangka-sangka untuk kita berdua. Saling sayang menyayangi, hormat menghormati dan berkasih sayang hingga ke syurga.