Pengarah perlekeh ketinggian Bell Ngasri

Merangkul anugerah Bintang Paling Popular tak pernah diimpikan oleh pelakon dan pelawak Bell Ngasri.

Pelakon berumur 43 tahun ini akui, banyak pancaroba sepanjang dirinya bergelar anak seni di Malaysia ini.

Melalui satu laporan Berita Harian, Bell Ngasri mendedahkan antara yang dia paling ingat ialah kata-kata dari seorang pengarah tentang ketinggiannya.

Jelas Bell Ngasri, pengarah yang dimaksudkan itu turut hadir di majlis anugerah tersebut malam tadi, yang menyaksikan di memenangi anugerah utama Bintang Paling Popular, ironi sungguh.

Ini komen dari Bell Ngasri tentang hal ini.

“Sepanjang hidup saya bergelar seorang artis, saya banyak melalui pengalaman yang manis dan juga yang pahit.”  

“Pernah juga ada yang berkata kepada saya, ‘macam ni ke boleh jadi artis, badan ketot macam kau ni’.   

“Demi Allah, saya cakap ni betul, memang terjadi. Pengarah yang cakap macam tu ada dalam tadi (majlis anugerah bintang popular).” 

“Kalau awaklah yang kena macam ni agak macam mana. Mesti akan buatkan semangat diri terus luntur.” 

Walaupun diperkatakan sedemikian rupa, Bell Ngasri tetap kuatkan semangat dan kerja keras.

“Tetapi, apapun, syukur, Alhamdulillah, kejayaan ini adalah satu bukti kepada mereka yang pernah buat begitu kat saya.” 

Melalui banyak pengalaman, apatah lagi sebagai pelakon tambahan atau pelakon pembantu, Bell Ngasri berkata dia tak kisah, dan dia pun suka naikkan artis lain.

“Walaupun orang lain pernah buat tak peduli kat saya, namun, saya ni tetap suka nak bantu untuk naikkan orang lain.” 

“Jika ada perasaan dengki, dari dulu lagi saya boleh jadi dengki. Saya masih syukur tak ada perasaan macam tu.”  

“Bahkan saya seronok tengok kawan-kawan saya, macam Zizan, Johan dan Achey. Saya yakin mereka pun sokong saya.”  

“Mungkin kerana saya tak ada nak berdengki dengan orang, Allah akhirnya berikan saya rakan-rakan yang tolong naikkan saya.” 

Itulah komen dari Bintang Paling Popular tahun 2023 iaitu Bell Ngasri. Semoga terus murah rezeki Bell Ngasri selepas ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Powered by