Bell Ngasri, 43 tahun, kini telah pun bergelar Bintang Paling Popular di Malaysia untuk tahun 2023.
Anugerah ini satu pencapaian yang paling tinggi buat pelakon yang sudah berkecimpung selama 37 tahun dalam bidang seni di tanah air ini.
Kemenangannya juga diresti dan disetujui oleh segenap lapisan masyarakat, yang kebanyakkan membesar dengan lakonannya.
Selepas pengumumannya dibuat, rakan artis Jihan Muse menulis ucapannya buat Bell Ngasri.
Jihan Muse mendedahkan bahwa ketika dizaman kemuncaknya, memang dia kerja tak henti-henti, sampaikan Bell pernah menasihatinya.
Bell ada memberi nasihat agar Jihan Muse berpada pada untuk kerja dan utamakan kesihatan.
Jihan bertanya, adakah nasihat itu untuk diri Bell sendiri memandangkan Bell pun kerja tak henti-henti, seorang yang kerja kuat.
Ini komen dari Jihan Muse kepada Bell Ngasri.
“Ketika zaman saya sedang pulun job back to back dulu, Bell Ngasri pernah cakap kat saya. Kau ni tak reti nak rehat ke jihan. Ko kaya la macam mana pun takkan boleh beli kesihatan.”
“Kemudian nasihat dia tu saya pun ambil sampai terlebih rehat.”
“Jadi sekarang ni, tak tahulah tu nasihat tu untuk siapa sebenarnya. Sebabnya dia tu yang tidak pernah nak berehat. Boleh masuk smpai 3 set dalam 1 hari. Orang yang hebat.”
“Kini rakyat dah pun memilih. Usaha yang telah membuahkan hasil. Akhirnya kemenangan besar buat YB Bell Ngasri. Tahniah ding dong bell.
“Jangan lupa jaga kesihatan ye YB.”

Untuk yang tak tahu, Jihan Muse dan Bell Ngasri banyak berlakon bersama, dan antara naskah yang diingati ialah beberapa segmen parodi dalam rancangan meleTop.
Untuk episod tersebut, memang lucu habis lakonan dari Jihan Muse dan juga Bell Ngasri.
LATEST FROM HIBURAN

Pengarah perlekeh ketinggian Bell Ngasri
Merangkul anugerah Bintang Paling Popular tak pernah diimpikan oleh pelakon dan pelawak…

Bell Ngasri menang di ABPBH, Bintang Paling Popular ABPBH35
Malam ini 21 Julai 2023 telah berlangsung majlis anugerah Bintang Paling Popular…

Datin Anne Ngasri terima pingat dari yang Dipertuan Agong
Semalam, pada tarikh 21 Julai 2023, adik kepada Bell dan Darling Ngasri…

Aaisyah Dhia Rana sunyi, nak adik
Anak bongsu kepada pasangan pelakon Zain Saidin dan Rozita Che Wan iaitu…

Asal usul nama Bell Ngasri, Darling Ngasri dan Anne Ngasri
Semalam pelakon Bell Ngasri telah membuat satu sesi live untuk melayan para…

Pengarah perlekeh ketinggian Bell Ngasri
Merangkul anugerah Bintang Paling Popular tak pernah diimpikan oleh pelakon dan pelawak Bell Ngasri.
Pelakon berumur 43 tahun ini akui, banyak pancaroba sepanjang dirinya bergelar anak seni di Malaysia ini.
Melalui satu laporan Berita Harian, Bell Ngasri mendedahkan antara yang dia paling ingat ialah kata-kata dari seorang pengarah tentang ketinggiannya.
Jelas Bell Ngasri, pengarah yang dimaksudkan itu turut hadir di majlis anugerah tersebut malam tadi, yang menyaksikan di memenangi anugerah utama Bintang Paling Popular, ironi sungguh.
Ini komen dari Bell Ngasri tentang hal ini.
“Sepanjang hidup saya bergelar seorang artis, saya banyak melalui pengalaman yang manis dan juga yang pahit.”
“Pernah juga ada yang berkata kepada saya, ‘macam ni ke boleh jadi artis, badan ketot macam kau ni’.
“Demi Allah, saya cakap ni betul, memang terjadi. Pengarah yang cakap macam tu ada dalam tadi (majlis anugerah bintang popular).”
“Kalau awaklah yang kena macam ni agak macam mana. Mesti akan buatkan semangat diri terus luntur.”
Walaupun diperkatakan sedemikian rupa, Bell Ngasri tetap kuatkan semangat dan kerja keras.
“Tetapi, apapun, syukur, Alhamdulillah, kejayaan ini adalah satu bukti kepada mereka yang pernah buat begitu kat saya.”
Melalui banyak pengalaman, apatah lagi sebagai pelakon tambahan atau pelakon pembantu, Bell Ngasri berkata dia tak kisah, dan dia pun suka naikkan artis lain.
“Walaupun orang lain pernah buat tak peduli kat saya, namun, saya ni tetap suka nak bantu untuk naikkan orang lain.”
“Jika ada perasaan dengki, dari dulu lagi saya boleh jadi dengki. Saya masih syukur tak ada perasaan macam tu.”
“Bahkan saya seronok tengok kawan-kawan saya, macam Zizan, Johan dan Achey. Saya yakin mereka pun sokong saya.”
“Mungkin kerana saya tak ada nak berdengki dengan orang, Allah akhirnya berikan saya rakan-rakan yang tolong naikkan saya.”
Itulah komen dari Bintang Paling Popular tahun 2023 iaitu Bell Ngasri. Semoga terus murah rezeki Bell Ngasri selepas ini.

Ramai puji cara isteri Bell Ngasri, Sha Farhana, ini temubualnya
Malam tadi di pentas Anugerah Bintang Popular, telah tercatat sejarah yang mana pelakon Bell Ngasri diangkat sebagai pemenang utama.
Bell Ngasri, 43 tahun, memenangi dua anugerah iaitu Artis Komedi Paling Popular dan juga anugerah utama, Bintang Paling Popular untuk edisi ke 35 pada tahun ini.
Sudah 37 tahun menceburi bidang seni, akhirnya Bell Ngasri menerima anugerah yang sewajarnya dimiliki.
Kali ini, menerusi satu termuramah portal F8 Buzz, isteri Bell iaitu Sha Farhana telah bercerita tentang kejayaan suaminya itu.
BELL NGASRI TAK ADA KELAB PEMINAT
Kata Sha Farhana, Bell Ngasri memang tiada sebarang kelab peminat namun kali ini semua satu Malaysia yang undi suaminya itu.
“Bell Ngasri tak ada kelab peminat pun, ini semua dari peminat yang membesar dengan lakonannya. Dia pun tak pernah sekali terfikir akan jadi macam ni.”
KENA KERJA MALAM NAK KAHWIN, CINCIN HILANG
Teringat kembali satu kisah yang mana Bell Ngasri tetap bekerja, ketika di majlis perkahwinan mereka.
Namun ada satu insiden yang mana cincin perkahwinan mereka hilang pula.
“Ada satu cerita di malam berinai, Bell kena berlakon. Mak dia sampai call pihak production untuk buat hari lain, tetapi masa tu tak boleh sebab akan ganggu jadual orang lain.”
“Saya cakap kat Bell, tak pe lah ni malam berinai je, jadi kita lepaskanlah, malam berinai Bell pergi kerja.”
“Namun malam tu plak, cincin kahwin hilang, memang geram betul.”
“Masa tu, dia tukar baju, akhirnya tercicir pula.”
DEDIKASI KERJA, MEMANG NAK KERJA
Sebagai isteri, Sha Farhana akui masa Bell Ngasri dengan keluarga agak terhad, kerana suaminya itu seorang yang amat berdedikasi untuk berkerja.
“Dalam sebulan, masa untuk family tu memang terhad. Anak-anak pun dah tahu, balik sekolah je tahu ayah tak ada pergi kerja.”
“Bell ni dari kecil dah berkerja, jadi dia rasa itu satu komitment, jadi dia tak boleh sehari tak kerja.”
“Saya pun ada cakap slow lah sikit, saya cakap kita ni dah berumur, kena ingatlah juga. Dia dah lah tidur tak cukup kerja teruk-teruk. Saya selalu ingatkan dia.”
“Namun apapun, walaupun busy, Bell Ngasri akan cari masa luangkan masa dengan anak-anaknya, pergi jalan-jalan.”
BELL AWET MUDA
Ditanya wajah Bell yang kelihata masih muda tatkala umur dah mencecah 43 tahun, isterinya berkata mungkin dari family Bell sendiri.
“Itu saya tak tahu lah. Memang dari keturunan family dia, adik beradik dia pun nampak muda. Ayah dia pun memang kuat lagi. Sekarang ni anak dia pun lagi tinggi dari dia.
Untuk video penuh dan banyak lagi cerita dari Sha Farhana, jom layan video temubual ini.
Dari temubual ini ramai yang memuji isteri Bell Ngasri ini seorang yang bijak berkata-kata dan pandai jawab soalan.
Sha Farhana juga seorang yang cantik dan secocok dengan Bell Ngasri
Tahniah diucapkan kepada Bell Ngasri, semoga dengan kejayaan ini akan menjadi pemangkin untuk terus sukses, dan semoga rezeki terus dilimpahi selepas ini.