“Sekarang keluarga saya gelandangan” – Dihalau Dari Rumah Sewa, Wanita Dakwa Ebit Lew Mungkir Janji?

Bila sebut sahaja tentang Ebit Lew, selain dari kontroversi yang melandanya, kita juga sering teringat akan kerja kebajikan yang dilakukannya dalam membantu mereka yang memerlukan.

 


 

Pun begitu baru-baru ini, seorang wanita yang mendakwa pernah dibantu pendakwah tersebut membuat satu luahan di grup Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini.

“Apa yang boleh saya buat pada orang yang mungkir janji?”

Menurut wanita itu, tidak lama dulu, Ebit Lew pernah viralkan keluarganya yang merupakan orang susah dan memerlukan bantuan.

ADVERTISEMENT

 

Ebit katanya telah menyewakan sebuah rumah untuk keluarga itu, namun yang menjadi masalahnya adalah pendakwah berkenaan katanya sering membayar sewa rumah lambat sehingga mereka kini telah dihalau keluar oleh tuan rumah.

B40

Pihak Ebit juga ada pesan jangan bagitahu tuan rumah yang kami adalah dari bantuan ustaz Ebit. Jadi, bila ustaz lambat bayar sewa tuan rumah akan marah. 

“Jadi kami takut nak bagi tahu yang pihak ustaz yang lambat bayar. Bil api air juga tidak dibayar. Akhirnya kami dihalau keluar,” katanya.

Katanya lagi, dia sekeluarganya kini menjadi gelandangan kerana tidak lagi mendapat bantuan Ustaz Ebit.

Malah ada juga kata-kata daripada jiran yang mendakwa mereka mendapat wang daripada pendakwah tersebut sebanyak RM2,000 sebulan bersama barang-barang dapur. Namun sebenarnya, dia sekeluarga tidak pernah mendapat apa-apa daripada pendakwah itu.

Dulu ustaz Ebit Lew pernah berjanji selagi dia masih hidup duit sewa rumah dan api dengan air die akan tanggung. Sekarang dah jadi lain cerita, mana janji-janji ustaz Ebit Lew kepada keluarga saya dulu,” katanya lagi.

Img 3573 Scaled 1

Sumber: Utusan

“Sampai bila nak bergantung harap?”

Rata-rata netizen yang membaca perkongsian tersebut berasa kurang senang dengan sikap pengadu yang dianggap tidak berusaha dalam mencari pekerjaan dan cuba membayar bil serta sewa rumah dengan duit sendiri tanpa mengharap bantuan dari Ebit lagi.

Ebit Kecam

“Kalau dia mungkir janji tanpa sebab, salah la tu”

Pun begitu ada juga yang merasakan tindakan Ebit itu salah kerana dia sudah berjanji dengan keluarga tersebut, jadi dia harus tunaikan janjinya.

Ebit Janji

Apa pendapat korang? Kalau min, takkan selamanya kita nak mengharapkan bantuan orang kan? Mungkin tiba masanya kita usaha sendiri untuk tampung kehidupan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Powered by