Melampau! Farahdhiya bengang, menangis tengok foto arwah bapa disunting… “Gambar itu tak boleh diterima akal”

PENYANYI dan pelakon Farahdhiya meluahkan rasa kesal apabila gambar arwah bapanya telah disunting untuk tujuan tidak baik.

Kata Farahdhiya atau Nur Farahdhiya Mohd Amin, 39, dia enggan mendiamkan diri kerana perkara itu melibatkan insan tersayang dan tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis.

“Bagi saya perbuatan itu sangat melampau, orang kalau usik saya saya masih boleh bersabar… tapi selepas saya terima DM dari orang tak dikenali menyentuh mengenai arwah ayah saya, itu melampau!

Farahdhiya menangis lihat gambar kubur ayah disunting.

Saya akan buat laporan polis sebab saya nak tahu siapa punya kerja. Saya nak tengok muka dia,” katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut mengenai perkara itu, Farahdhiya memberitahu individu berkenaan telah menyunting sekeping foto memperlihatkan

arwah ayahnya di atas kubur.

Foto bapanya itu diambil daripada Instagram miliknya.

Lebih menyakitkan hati apabila individu berkenaan menghantar semula foto yang telah disunting itu menerusi mesej peribadi atau DM di akaunnya.

“Dia tak cakap apa… dia cuma hantar beberapa gambar membabitkan arwah ayah yang membuatkan saya menangis dan terketar-ketar.

“Dia guna gambar arwah ayah saya di atas kubur. Dalam gambar yang tidak boleh diterima akal sesiapa pun,” kongsinya.

Saya tak rasa saya kenal orang ini, tak tahu motif dia apa.

FARAHDHIYA

PENYANYI

Dalam pada itu, Farahdhiya berkata dia tidak mengetahui motif individu berkenaan dan percaya perkara itu tidak dilakukan oleh orang terdekat.

Malah, ini kali pertama dia berdepan dengan kejadian ini selepas hampir 20 tahun bergelar selebriti.

“Saya tak rasa saya kenal orang ini, tak tahu motif dia apa. Saya ini tak ramai kawan rapat dan kawan-kawan saya pun tak gila macam dia.

Farahdhiya mahu berdepan dengan pelaku.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Powered by