Tiada siapa menyangka, rupanya seorang wanita warga emas yang menjadi dalang di sebalik insiden sepasang suami isteri cedera disimbah asid ketika berada di dalam lif sebuah pangsapuri di Selayang tempoh hari.
Wanita itu tiba pukul 9 pagi diiringi anggota polis yang kemudian dibawa terus ke mahkamah. Semasa dibawa anggota polis wanita dilihat menangis.
Semalam Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Arifin Mohamad Nasir berkata, suspek berusia lingkungan 60-an akan didakwa.
Menurut Noor Arifin, wanita itu akan menghadapi dua pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.
Terdahulu, wanita warga emas itu ditahan pada pukul 4.20 petang di sebuah kediaman di Rawang, Ahad lalu.