“Doktor mengabaikanya lebih 40min sehingga kadar oksigen menurun dan meninggal” – Bapa

Baru-baru ini, perkongsian mengenai kanak-kanak berusia 10 tahun yang bernama Dea Maisarah yang meninggal selepas ambil darah sambil kaki dan tangan diikat telah menarik perhatian.

Melalui pendedahan yang dibuat sendiri oleh si bapa, sewaktu arwah masih dalam keadaan sedar, dia meronta-ronta kerana enggan darah diambil sedangkan itu bukanlah keutamaan dan ia boleh diambil selepas arwah ‘warded’.

Bapa dea maisarah

Tetapi doktor serta jururawat yang lain tetap berkeras mahu melakukannya dan mengakibatkan jantung kanak-kanak tersebut berhenti.

Disebabkan kematian Dea Maisarah ini berlaku kerana kecuaian seorang doktor, pihak hospital membuat laporan palsu bahawa arwah telah pun meninggal dunia sewaktu di bawa ke hospital.

Bapa dea maisarah

Video Player

Sedar laporan palsu dibuat pihak hospital, bapa kepada Dea Maisarah cuba membuat laporan baru dengan pihak polis, namun seakan-akan tidak dilayan dan si bapa turut merasakan dua pihak ini bersekongkol untuk menutup kejadian sebenar.

Kebanyakkan netizen yang menonton video pendedahan tersebut sememangnya berasa marah dan minta orang ramai bantu bapa arwah untuk mendapat keadilan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Powered by