“Apa Rasa Tengok Anak Lalui Medsos Je” – Puji Puteri Ameerah Cantik, Ramai Kesian Baca ‘Post’ Azrinaz

Sebelum ini, tular foto-foto memaparkan wajah anak perempuan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkia di platform TikTok.

Bahkan ramai netizen berkata bahawa wajah Puteri Brunei itu sememangnya iras sekali dengan bekas wartawan penyiaran TV3, Azrinaz Mazhar Hakim yang juga merupakan ibunya.

Advertisement

Bukan saja netizen puji kecantikan Puteri Ameerah yang kini sudah di fasa remaja, malah Azrinaz turut mengakui tentang itu dengan memuat naik semula foto anak perempuannya.

 

Current Time 0:06
Duration 8:05

Loaded: 9.07%

Menurut Azrinaz dia telah menerima banyak DM daripada netizen selepas tularnya foto-foto wajah Puteri Ameena.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut bersetuju dengan pendapat Azrinaz tetapi dalam pada masa yang sama, ramai juga yang meluahkan rasa kesian terhadap bekas wartawan itu kerana hanya boleh melihat anaknya melalui media sosial saja.

komen netizen

Advertisement

komen netizen

komen netizen

Netizen juga berkata Azrinaz seorang wanita yang kuat kerana berjaya tempuh dugaan yang sangat berat dalam hidup iaitu berjauhan serta tidak dapat berjumpa dengan anak-anak.

Sekadar info, Puteri Ameera merupakan cahaya mata kedua hasil daripada perkahwinan Azrinaz bersama Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

 

Puteri Brunei cantik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Powered by