“Anak saya meronta-ronta, ayah tolong lepaskan saya” -Bapa Dea Maisarah

KUALA LUMPUR: Bapa kepada Dea Maisarah mendakwa kecuaian pihak hospital menjadi punca kematian anaknya pada Ahad lalu.

Dalam rakaman video di TikTok, Bada Hussein menjelaskan kronologi mengenai apa yang berlaku ke atas anaknya yang berusia 10 tahun pada hari kejadian.

Menurut rakaman itu, Bada pada mulanya menerima panggilan telefon daripada isterinya mengenai keadaan anaknya yang kurang sihat.

“Sebenarnya begini, pada Ahad lalu, lebih kurang jam 9 malam, isteri saya telefon dan pada ketika itu saya dekat pasar raya.

“Balik cepat, adik Maisarah ni dia macam tak berapa elok sikitlah, dia ada masalah nafas sikit, macam semput sikit, abang balik ya,” kata Bada yang merujuk kepada perbualan telefon bersama isterinya.

Katanya, ketika sampai di rumah tanpa berlengah beliau terus memandikan anaknya untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

“Sampai di HTAR, saya ambil nombor dan bayar lalu menunggu lebih kurang 40 hingga 45 minit .

“Selepas itu, dia (pihak hospital) suruh saya pergi ke zon kanak-kanak di sebelah kecemasan. Sampai di sana (zon kanak-kanak), saya menunggu lagi dalam 20 minit macam tu, lama juga.

“Apabila tiba giliran anak saya, pihak hospital mula periksa degupan jantung, mereka tengok tahap oksigen dalam darah dia. Di situ mereka mula kelam kabut sebab oksigen dalam darah dia memang tak cukup. Mula-mula saya tengok tu tahap oksigen dia… jadi 90, 80, 70 macam tu,” dakwanya menurut rakaman video itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Powered by