Baru-baru ini tular video memaparkan usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli menyambung bacaan ayat suci Al-Quran sekaligus menjadi perhatian ramai.
Menerusi perkongsian di Instagram, Iqbal diterjah seorang individu yang memintanya untuk menyambung ayat Al-Quran namun tidak sangka Iqbal selamba menyambung ayat tersebut tanpa masalah.
Menurut Iqbal, kali terkahir dia hafal surah Al-Insan ketika dia berusia 14 tahun dan tidak menyangka ingat serta lancar membaca surah tersebut.
Perkongsian Iqbal itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak menyangka serta terpegun usahawan itu menghafal Al-Quran.
Dalam pada itu, ada mengagumi Iqbal seimbang dari segi dunia dan akhirat serta ada segelintir wanita berseloroh bahawa mereka sudah jumpa imam mereka.