‘Persis Rosalinda!’ – Foto Anak Bongsu Maria Arshad Tarik Perhatian, Saling Tak Tumpah Macam Ibu

Di Instagram, pelakon popular era 80-an iaitu Datin Maria Arshad berkongsi beberapa foto anak bongsunya Nabilla yang baru sahaja menamatkan pengajian di sebuah univeristi di Perth, Australia.

kecantikan yang dimiliki oleh Nabilla.

Cantik semula jadi

 

Menurut Maria, anaknya itu baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang psikologi di Curtin University. Sebagai ibu, Maria meluahkan rasa bangga melihat kejayaan anaknya itu.

Di ruangan komen, netizen berkata, penampilan ibu dan anak ini sangat manis tatkala kedua-dua mereka menyarungkan kebaya rona lembut. Bukan itu sahaja, mereka menyifatkan kecantikan yang dimiliki oleh Nabilla bersifat semula jadi dan persis pelakon Latin ‘Rosalinda’.

Untuk rekod, Datin Maria Arshad pernah berkahwin pada usia 16 tahun dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Zulkifly Azahari dan Norazlina. Namun, perkahwinan tersebut tidak panjang. Datin Maria kemudian mendirikan rumah tangga dengan Datuk Abdul Rahman Abu Bakar.

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata juga iaitu Puteri Nabilla Manissa dan Natasha Munira. Pada bulan Julai tahun lalu, suaminya telah meninggal dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Powered by